Top Menu

DUIT BELANJA ATOK

Kucing Terbiar Anjing Jalanan : Kisah Mereka

KTAJ / SCRATCH mungkin tak ramai yang pernah dengar nama tersebut. KTAJ stand for Kucing Terbiar Anjing Jalanan sesuatu yang mungkin atok boleh panggil sebagai organisasi yang ditubuhkan oleh beberapa sukarelawan berhati mulia untuk menyelamatkan kucing serta anjing terbiar di Malaysia ni.Tujuan mereka cuma 1, mendapatkan pembelaan untuk makhluk-makhluk comel yang tak bernasib baik di bumi malaysia ni.
klik gambar untuk kunjungi blog SCRATCH


Dah lama sebenarnya atok ikut perkembangan diorang ni sejak dari mula lagi walaupun atok sendiri tak aktif tapi diorang sentiasa mendapat sokongan padu dari atok.Yelah, kita ni tak la berduit sangat kerja pun belum apatah lagi nak ada rumah sendiri, apa yang mampu hanyalah memberi sokongan dan mungkin sedikit tenaga kerja jika diperlukan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya diorang buat macam mana nak tolong makhluk-makhluk tak bernasib baik tu semua.Antara gerak kerja SCRATCHERS yang atok tau diorang ada tubuhkan sebuah group khas untuk mereka yang berminat untuk mengambil kucing angkat secara sukarelawan bagi memberi perlindungan kepada kucing-kucing tersebut.Menariknya ianya percuma tanpa melibatkan sebarang kos.

DARI MANA KUCING TERSEBUT DATANG?

Kucing-kucing yang ada dalam Online Adoption House KTAJ ialah kucing yang diselamatkan oleh orang ramai kemudian diiklan di dalam tu untuk dijadikan kucing angkat oleh mereka yang berminat.

MACAM MANA ORANG NAK IKLANKAN KUCING ADOPTION HOUSE TU?

Suka untuk atok ingatkan cucu-cucu sekalian, untuk mengiklankan kucing dalam Adoption House korang perlu beri beberapa butiran lengkap dan akan ditapis terlebih dahulu oleh AJK SCRATCH bagi memastikan orang yang mengiklan kucing tersebut bertanggungjawab sehingga kucing tu selamat berada dalam tangan "adopter".

MACAM MANA NAK "ADOPT" KUCING-KUCING COMEL TU SEMUA?

Kalau ada antara cucu yang berminat untuk adopt kucing dalam adoption house tu beberapa proses perlu dilakukan termasuk di interview oleh ahli SCRACTH atau orang yang bertanggungjawab.Ini semua bagi memastikan kucing yang di adopt berada di dalam tangan orang yang betul nak jaga kucing tu dan bukannya dalam tangan manusia bertopeng.

Berikut adalah butiran yang perlu di email kan kepada Ahli SCRATCH bagi proses mengiklankan kucing.

To advertise your cats for potential adopters in our ONLINE ADOPTION HOUSE, please furnish us with the details below and have it emailed to ktaj.adoption@gmail.com.

If you have more than one cat/kitten to be adopted please indicate their respective names or gender for easier identification.
1) Pictures
2) Location
3) Gender
4) Age (approximation if not certain)
5) Has the cat been dewormed, vaccinated or spayed/neutered?
6) Adoption fee if there is any
7) Cat's characteristic or special needs if there is any
8) Reason for finding a new home
9) Contact details (e.g phone number,email, FB profile etc etc)
Please be advised that we will not advertise any cats that has an incomplete information. You are also encouraged to advertise on PetFinder.my - http://www.PetFinder.my/

Please respond/update on the advertisements made by admins

Sebenarnya selain daripada menubuhkan adoption drive, KTAJ turut mengadakan beberapa jualan amal bagi mengumpul dana untuk membantu makhluk-makhluk tak bernasib baik ni. Mereka turut membuka "booth" dalam acara tertentu yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya untuk kita menolong sesama makhluk.Tak perlu mengeluarkan belanja besar untuk membeli kucing di kedai peliharaan.




Insyallah lepas ni atok akan cuba update mengenai aktiviti terbaru SCRACTH termasuk jualan amal mereka..bagi yang berminat cucu semua boleh refer facebook page KTAJ ataupun KTAJ Online Adoption House.

No comments:

Post a Comment

CUCU DAH JOIN FACEBOOK ATOK?