Top Menu

DUIT BELANJA ATOK

Kucing Obesiti Dibuang Tuannya Sebab x Mampu Jaga

0 comments
atok bukak yahoo news semalam terbaca cerita kucing gemok tahap apa entah atok pun xtau..memang gemok gila la ...bantal peluk atok pun x besar macam dia.haha.tapi sedih bila habis baca cerita sebenar dia..disebabkan terlalu gemuk kucing ni terpaksa "dibuang" oleh tuan dia yang berumur 87 tahun disebabkan si tuan ni x mampu lagi nak bela nak bagi makan dekat si kucing obesiti ni.


yelah dah gemok tahap ni makan pun mesti la banyak kan..dan atok rasa la, tuan dia pun x makan sebanyak kucing ni makan so menyebabkan kos untuk bagi kucing ni makan lebih tinggi dari kos dia sendiri makan.itu yang dibuang nya kucing nih.haha.

tapi sebelum pape, korang jangan marah tuan dia nih..dia x buang merata pun kucing ni tapi dia pergi pusat penjagaan haiwan then suruh pegawai dekat pusat tu tolong jaga dan iklankan kucing tersebut untuk dijadikan kucing angkat [open for adoption].

bagi atok, baguslah ye dak dari dia campak merata si garfield gebu ni entah kemana...menurut sumber tu lagi, pihak pusat jagaan haiwan tu akan dietkan kucing tu dan pastikan dia turun sekurang-kurangnya 10 pound dari berat asal iaitu 40 pound sebelum dibuka untuk adoption oleh orang ramai yang mahukan si budak gebu ni..untuk rekod budak ni bukan la kucing tergemok tapi ada lagi sekor yang lagi berat iaitu seberat 47 pound!


paling best umur si budak gebu ni sebenarnya baru mencapai 2 tahun..amik kau, 2 tahun dah besar gedabak macam ni kalau dah 4-5 tahun silap-silap besar harimau satgi kang...kalau atok la memang dah jadi bantal peluk dah tiap2 hari..nama si gebu ni ialah "meow" dan blood test dah pun dijalankan keatas budak sekor ni bagi memastikan dia bebas dari sebarang penyakit yang disebabkan oleh obesiti seperti sakit jantung dan sebagainya.doakan dia sihat ok cucu-cucu semua.

p/s- ambik la pengajaran dari cerita dia ni..jaga kesihatan tu leklok..makan tu beringat sikit jangan nak main lahap je...nanti dah kena obes macam ni macam-macam penyakit boleh datang tau x.

Hukum Beli Kucing Haram?

0 comments
Rasanya semua manusia bila tengok kucing siam or jenis baka exotic, berbulu tebal.. telinga pendek kaki kemetot macam kucing baka scottish  mesti rasa nak sangat bela diorang... malangnya harga setiap sekor dekat dalam pasaran mahal melampau... sekor tu boleh mencecah harga beribu riban... bagi yang berduit hidup mewah.. anak datuk n bergaji besar pada diorang xde masalah untuk dapatkan kucing macam tu bila dah berkenan.Bagi yang biasa-biasa ni apa yang kita mampu hanya tengok kecomelan diorang dari dalam gambar je la...

Isu jual beli kucing ni yang atok nak utarakan sebenarnya, samada kita ni dibolehkan atau tidak untuk beli or jual kucing.. atok pernah dengar dari seorang rakan yang kata sebenarnya kita x boleh nak beli kucing ni sebab hukumnya haram.. kalau x silap dia jadi haram sebab kucing ni makhluk yang bertaring.Sejujurnya, atok x pernah tau pun ada hukum dalam jual beli kucing.. dan mengikut apa yang atok baca dari blog serta laman web yang ada, memang diorang ada sebut hukum dia haram.. tapi masih x jelas kenapa haram..

Lagipun, kita x boleh sewenang-wenangnya mempercayai bulat-bulat apa yang ditulis dalam blog sebab kebanyakkan blog x menyatakan atau x beri sumber yang sahih. Lagi teruk kalau si penulis blog hanya copy paste dari sumber entah mana-mana yang dia kutip.

So, untuk menghapuskan segala kekeliruan dalam hal ni, atok bercadang untuk bertanyakan sendiri mengenai hukum jual beli kucing ni kepada Ustaz Azhar Idrus di facebook page beliau... insyallah, bila persoalan atok dah dijawab atok akan segera kongsikan dengan kamu semua dalam entri lain.

P/s- baik kamu bantu dan adopt kucing jalanan yang banyak terbiar di lorong2 dan kedai2 makan.. pahala pun dapat daripada kamu duk membazirkan duit beribu ribu hanya untuk beli dan uruskan sekor kucing exsotic..

P/s- kucing dalam gambar ni ialah mek wok.. dia ada kisah tersendiri.. nanti atok ceritakan ok.

UPDATE :-

Ni dari Ustaz Azhar Idrus ..HARAM kalau beli untuk dimakan serta dibuat asam pedas.haha


ni pula dari Dr Maza


Pengalaman Jadi Feeder Kucing Jalanan

0 comments

Dulu masa cuti 2 3 bulan atok selalu jugak keluar lewat malam dalam 2 pagi camtuh untuk bagi makan dekat kucing jalanan yang ada dekat kawasan rumah atok.Saja keluar lewat malam sebab x ramai orang n x serabut...memang best dapat layan diorang..then bagi makan.


Moral dia walaupun mereka cuma haiwan tapi percayalah mereka jugak berhak dibantu...dilayan dengan baik..Macam kita jugak...bila kita susah mesti kita harap orang atau kawan2 untuk tolong kan...so sama la macam diorang ni...jangan kedekut nak bagi makan...beli makanan diorang then,letakkan je dekat kawasan tu..x perlu susah2...

At least, terbela jugak nasib diorang yelah nak adopt xde sape yang sudi..so dengan cara bagi makan pun da cukup da.

P/s- alwaysbelikethat tu blog lama soleheen.com... :)


Siapa Lagi Hina? Kau atau Kucing Kurap tu?

1 comments
semalam atok pergi makan dekat satu kedai ni ...tengah-tengah makan tu ada sekor kucing datang minta makanan...berair mata atok bila lihat kucing tu basah kuyup, sedih tengok keadaan dia macam tu. disebabkan rasa kesian atok bagi dia ikan yang atok order tadi dan belum sempat kucing tu habiskan ikan tu pelayan kedai tu datang halau dia.

atok dengan rasa x puas hati tanya dekat budak tu...

pehal kau halau dia makan?...

bos suruh halau sebab dia kotor nanti pelanggan lari..

cuba tengok diri kau...kotor ke x?...cuba tengok seluar baju kau...bagitau aku..kotor ke x?

kotor pakcik...

kau tengok kedai ni..tengok dekat lantai n bawah meja..nampak puntung2 rokok tuh? tengok meja ni..bersih ke x korang lap? bagi kau bersih ke x kedai ni?

tau x kau lagi pengotor lagi hina dari kucing yang kau kata dia kotor tadi tuh... kau ada akal ada otak tapi masih x mampu nak jaga kebersihan diri...kau tau kenapa pelanggan lari? diorang lari bukan sebab kucing tu..tapi sebab tengok korang yang kotor...lain kali guna akal tu jangan sampai nampak bodoh macam binatang xde akal.

maaf pakcik..

mana bos kau?

ada dekat cashier.

panggil dia.

ye, encik?ada apa?

xde pape..cuma saya nak nasihat n komen sikit... jaga kebersihan kedai..jangan salahkan kucing yang kotor kalau pelanggan lari..tapi salahkan pekerja n kedai kamu yang kotor..tengok sijil kebersihan pun dapat C.

p/s-kekadang kita kena berani kerana mempertahankan makhluk tuhan yang x bersalah daripada di aniaya.