Top Menu

DUIT BELANJA ATOK

Kucing Terbiar Anjing Jalanan : Kisah Mereka

0 comments
KTAJ / SCRATCH mungkin tak ramai yang pernah dengar nama tersebut. KTAJ stand for Kucing Terbiar Anjing Jalanan sesuatu yang mungkin atok boleh panggil sebagai organisasi yang ditubuhkan oleh beberapa sukarelawan berhati mulia untuk menyelamatkan kucing serta anjing terbiar di Malaysia ni.Tujuan mereka cuma 1, mendapatkan pembelaan untuk makhluk-makhluk comel yang tak bernasib baik di bumi malaysia ni.
klik gambar untuk kunjungi blog SCRATCH

Kucing Obesiti Dibuang Tuannya Sebab x Mampu Jaga

0 comments
atok bukak yahoo news semalam terbaca cerita kucing gemok tahap apa entah atok pun xtau..memang gemok gila la ...bantal peluk atok pun x besar macam dia.haha.tapi sedih bila habis baca cerita sebenar dia..disebabkan terlalu gemuk kucing ni terpaksa "dibuang" oleh tuan dia yang berumur 87 tahun disebabkan si tuan ni x mampu lagi nak bela nak bagi makan dekat si kucing obesiti ni.


yelah dah gemok tahap ni makan pun mesti la banyak kan..dan atok rasa la, tuan dia pun x makan sebanyak kucing ni makan so menyebabkan kos untuk bagi kucing ni makan lebih tinggi dari kos dia sendiri makan.itu yang dibuang nya kucing nih.haha.

tapi sebelum pape, korang jangan marah tuan dia nih..dia x buang merata pun kucing ni tapi dia pergi pusat penjagaan haiwan then suruh pegawai dekat pusat tu tolong jaga dan iklankan kucing tersebut untuk dijadikan kucing angkat [open for adoption].

bagi atok, baguslah ye dak dari dia campak merata si garfield gebu ni entah kemana...menurut sumber tu lagi, pihak pusat jagaan haiwan tu akan dietkan kucing tu dan pastikan dia turun sekurang-kurangnya 10 pound dari berat asal iaitu 40 pound sebelum dibuka untuk adoption oleh orang ramai yang mahukan si budak gebu ni..untuk rekod budak ni bukan la kucing tergemok tapi ada lagi sekor yang lagi berat iaitu seberat 47 pound!


paling best umur si budak gebu ni sebenarnya baru mencapai 2 tahun..amik kau, 2 tahun dah besar gedabak macam ni kalau dah 4-5 tahun silap-silap besar harimau satgi kang...kalau atok la memang dah jadi bantal peluk dah tiap2 hari..nama si gebu ni ialah "meow" dan blood test dah pun dijalankan keatas budak sekor ni bagi memastikan dia bebas dari sebarang penyakit yang disebabkan oleh obesiti seperti sakit jantung dan sebagainya.doakan dia sihat ok cucu-cucu semua.

p/s- ambik la pengajaran dari cerita dia ni..jaga kesihatan tu leklok..makan tu beringat sikit jangan nak main lahap je...nanti dah kena obes macam ni macam-macam penyakit boleh datang tau x.

Hukum Beli Kucing Haram?

0 comments
Rasanya semua manusia bila tengok kucing siam or jenis baka exotic, berbulu tebal.. telinga pendek kaki kemetot macam kucing baka scottish  mesti rasa nak sangat bela diorang... malangnya harga setiap sekor dekat dalam pasaran mahal melampau... sekor tu boleh mencecah harga beribu riban... bagi yang berduit hidup mewah.. anak datuk n bergaji besar pada diorang xde masalah untuk dapatkan kucing macam tu bila dah berkenan.Bagi yang biasa-biasa ni apa yang kita mampu hanya tengok kecomelan diorang dari dalam gambar je la...

Isu jual beli kucing ni yang atok nak utarakan sebenarnya, samada kita ni dibolehkan atau tidak untuk beli or jual kucing.. atok pernah dengar dari seorang rakan yang kata sebenarnya kita x boleh nak beli kucing ni sebab hukumnya haram.. kalau x silap dia jadi haram sebab kucing ni makhluk yang bertaring.Sejujurnya, atok x pernah tau pun ada hukum dalam jual beli kucing.. dan mengikut apa yang atok baca dari blog serta laman web yang ada, memang diorang ada sebut hukum dia haram.. tapi masih x jelas kenapa haram..

Lagipun, kita x boleh sewenang-wenangnya mempercayai bulat-bulat apa yang ditulis dalam blog sebab kebanyakkan blog x menyatakan atau x beri sumber yang sahih. Lagi teruk kalau si penulis blog hanya copy paste dari sumber entah mana-mana yang dia kutip.

So, untuk menghapuskan segala kekeliruan dalam hal ni, atok bercadang untuk bertanyakan sendiri mengenai hukum jual beli kucing ni kepada Ustaz Azhar Idrus di facebook page beliau... insyallah, bila persoalan atok dah dijawab atok akan segera kongsikan dengan kamu semua dalam entri lain.

P/s- baik kamu bantu dan adopt kucing jalanan yang banyak terbiar di lorong2 dan kedai2 makan.. pahala pun dapat daripada kamu duk membazirkan duit beribu ribu hanya untuk beli dan uruskan sekor kucing exsotic..

P/s- kucing dalam gambar ni ialah mek wok.. dia ada kisah tersendiri.. nanti atok ceritakan ok.

UPDATE :-

Ni dari Ustaz Azhar Idrus ..HARAM kalau beli untuk dimakan serta dibuat asam pedas.haha


ni pula dari Dr Maza


Pengalaman Jadi Feeder Kucing Jalanan

0 comments

Dulu masa cuti 2 3 bulan atok selalu jugak keluar lewat malam dalam 2 pagi camtuh untuk bagi makan dekat kucing jalanan yang ada dekat kawasan rumah atok.Saja keluar lewat malam sebab x ramai orang n x serabut...memang best dapat layan diorang..then bagi makan.


Moral dia walaupun mereka cuma haiwan tapi percayalah mereka jugak berhak dibantu...dilayan dengan baik..Macam kita jugak...bila kita susah mesti kita harap orang atau kawan2 untuk tolong kan...so sama la macam diorang ni...jangan kedekut nak bagi makan...beli makanan diorang then,letakkan je dekat kawasan tu..x perlu susah2...

At least, terbela jugak nasib diorang yelah nak adopt xde sape yang sudi..so dengan cara bagi makan pun da cukup da.

P/s- alwaysbelikethat tu blog lama soleheen.com... :)


Siapa Lagi Hina? Kau atau Kucing Kurap tu?

1 comments
semalam atok pergi makan dekat satu kedai ni ...tengah-tengah makan tu ada sekor kucing datang minta makanan...berair mata atok bila lihat kucing tu basah kuyup, sedih tengok keadaan dia macam tu. disebabkan rasa kesian atok bagi dia ikan yang atok order tadi dan belum sempat kucing tu habiskan ikan tu pelayan kedai tu datang halau dia.

atok dengan rasa x puas hati tanya dekat budak tu...

pehal kau halau dia makan?...

bos suruh halau sebab dia kotor nanti pelanggan lari..

cuba tengok diri kau...kotor ke x?...cuba tengok seluar baju kau...bagitau aku..kotor ke x?

kotor pakcik...

kau tengok kedai ni..tengok dekat lantai n bawah meja..nampak puntung2 rokok tuh? tengok meja ni..bersih ke x korang lap? bagi kau bersih ke x kedai ni?

tau x kau lagi pengotor lagi hina dari kucing yang kau kata dia kotor tadi tuh... kau ada akal ada otak tapi masih x mampu nak jaga kebersihan diri...kau tau kenapa pelanggan lari? diorang lari bukan sebab kucing tu..tapi sebab tengok korang yang kotor...lain kali guna akal tu jangan sampai nampak bodoh macam binatang xde akal.

maaf pakcik..

mana bos kau?

ada dekat cashier.

panggil dia.

ye, encik?ada apa?

xde pape..cuma saya nak nasihat n komen sikit... jaga kebersihan kedai..jangan salahkan kucing yang kotor kalau pelanggan lari..tapi salahkan pekerja n kedai kamu yang kotor..tengok sijil kebersihan pun dapat C.

p/s-kekadang kita kena berani kerana mempertahankan makhluk tuhan yang x bersalah daripada di aniaya.

Walau Kau Berkurap Kau Tetap Aku Tolong Aku Sayang

0 comments
atok nak tanya siapa berani cakap atau sebut statement tu? x ramai bukan? ye atok tau kalau setakat sebut semua orang boleh sebut, tapi siapa yang boleh sebut dengan seikhlas hati? pun x ramai kan?  itu belum tanya lagi siapa yang sanggup tolong ubati diorang dan belum lagi tanya siapa yang sanggup jaga makan minum dan kebajikan diorang.

tadi masa atok tengah tanya pakcik gugel pasal ada x gambar kucing kurang untuk diletakan dalam entri atok yang sebelum nih dia tunjuk gambar-gambar kucing kurap yang ada dan atok tertarik dengan satu gambar nih, bila klik terus dia bawak ke blog Cerita Budak Makmal milik izzati alina..macam mana atok tau nama tuan blog tu? ada la cara dia ..haha..ni gambar yang atok dapat dari blog dia yang pakcik gugel cadangkan.
kesian kan? :(
bila atok baca entri dia pasal gambar ni atok macam terkejut n kagum sikit bila pandang tajuk entri Kucing kurap :: Sayangkan kamu... kisah mengenai kucing dia terkena kurap dan macam mana dia rawat kucing tu sendiri..yang ni yang atok tau x ramai yang mampu buat dan apa yang ramai orang buat ialah buang kucing tu bila kucing tu sakit..x kisah la sakit apa pun terutama nya kurap memang ramai yang akan buang..nampak x betapa x bertanggungjawab nya manusia nih..


alasan orang buang kucing berkurap ni sebab kotor la jijik la padahal dia jadi macam tu sebab salah sendiri..cucu pikir la sendiri.



Kau Beranak Aku Buang Kau Kurap Aku Tolak

0 comments
atok terpanggil untuk ungkit hal nih...hal manusia hipokrit pentingkan diri...dikata nya sayangkan kucing, cintakan haiwan, kasihkan binatang tapi mereka hanya sayang berdasarkan rupa paras semata...memilih untuk memberi kasih sayang hanya kepada si DHL, si Siam, si Parsi, si Scottish, dan si baka mahal tapi bila nampak si baka kampung yang comot, kurap, kotor, tolak jauh-jauh langsung xnak menolong.
bagi atok la kalau dah macam tu bukan minat kucing nama nya menipu jer lebih..kalau betul kita sayang kenapa xnak tolong kucing-kucing malang tu sekurang-kurang nya bagi makan, bawak jumpa vet atau tolong mandulkan..untuk orang jenis macam ni x payah bagi alasan xde duit atau xde peruntukan, atok tau korang semua banyak duit kalau dah bela baka baka jenis baik ni..mesti melabur beribu riban untuk kos jaga kucing tu, nak beli je dah beratus dan ada yang beribu ringgit, so memang banyak duit la kan?

kalau terlalu sayangkan duit tu xpe x payah keluarkan 2 sen pun tapi yang atok minta kalau boleh sekurang-kurang nya promote dekat orang lain, dekat rescuer untuk selamatkan kucing yang korang geli tu, sebarkan program-program pemandulan atau program misi menyelamatkan makhluk-makhluk tu..gunakan facebook twitter dan pengaruh korang..senang bukan x payah keluarkan hatta 2 sen pun.

atok bukan x bagi korang bela kucing baka mahal baka baik ni tapi kalau dah alang-alang tu tolong la sekali baka-baka x bernasib baik ni ye dak?

credit image kepada blog Cerita Budak Makmal
kamu x kesian ke tengok dia macam ni???
satu lagi yang atok kesalkan ada tu dah elok dah dia selamatkan kemudian bela kucing tu tapi bila kucing tu beranak pinak dibuangnya anak-anak dia ke pasar ke kedai makan ke rumah orang alasan x larat nak bagi makan dan jaga makhluk tu semua..,macam tu ke cara sayangkan binatang?kalau betul kamu sayangkan dia dan nak selamatkan dia sekurang-kurangnya mandulkan supaya x beranak pinak dan x perlu kamu nak buang diorang...betui dak?

atok x suka nak marah atau membebel panjang..atok cuma kesian je bila tengok kucing baka x bernasib baik nih dihina, dipandang jijik, dipandang serong oleh orang ramai..dia pun makhluk tuhan jugak berhak hidup berhak rasa kehidupan lebih baik dan berhak terima bantuan korang yang berakal tu.

cucu faham-faham je la yer..sedih atok tengok diorang jadi camtu dan lagi sebenarnya bila tengok sikap manusia yang meminggirkan mereka :(


Selamat Malam Dunia

0 comments

Letih n mengantuk sangat dah ni...meow ajak tido jom.


Pak Tam & Mak Teh : Mana Kome Pergi?

0 comments

Pak Tam n Mak Teh arnab pertama yang atok berjaya bela sampai besar...uniknya atok x pernah kurung dia sejak dia makin besar dulu..kami lepas n biar budak 2 ekor ni berkeliaran sekeliling rumah main dengan si meow..apa yang buat atok kagum budak 2 ekor ni pandai balik tidur dalam rumah makan pe sume sampai ke besar..yang x best part diorang berak.tapi apa boleh buat..nak kurung rasa kesian pulak nengok nya.tapi sekarang disebabkan terlalu bebas ke sana ke mari budak 2 ekor ni diculik orang.sedih tapi apa boleh buat redha je la ye dak?


gambar pak tam jer ada...mek teh liar sangat.
 

Budak Kedekut : Mohon Jangan Contohi

0 comments
mamat baru dalam family atok...dah besar dah sekarang tapi masih xde nama untuk dia...family atok cuma panggil dia meow je...kedekut dia nih..sanggup tidur dalam balang semata-mata nak jaga makanan dia.. -.-

Atok Kembali?

0 comments
x habis-habis duk kata atok kembali dari dulu lagi..bila dah kembali haram x update jugak blog haha..dasar pemalas memang camtuh.maaf lah cu atok xtau nak hapdate pasal apa dalam blog kisah atok ni. Ye atok tau dah nama pun Kisah Atok op kos la kena update pasal kisah hidup atok ye dak?

masalahnya, atok ni macam xde kisah hidup yang nak dicerita tambah pulak xde orang kisah atok ada kisah ke idak nak dicerita.sedih sat.nak cerita pasal si kucing yang xda nama dekat umah tu, atok langsung xtau apa dia buat sebab atok ada  dekat tempat lain lani.

by the way tadi baca entri pasal Atok Kembali part 1 tergelak sesorang sebab entri tersebut tersangat la poyo..nak bangunkan balik blog ni la konon sembang je lebih.haha..tapi tu lah..bila dah tua-tua nih sifat malas makin menjadi-jadi..ada guest writer pun gampang xleh harap...ada ke patut 1 je entri yang dia tulis.

tengok lah lepas ni macam mana...atok akan cuba merajin kan diri serajin yang mungkin untuk mengupdate blog atok ni yer cu...ouh ya btw atok tahu atok ni hensem.mohon jangan puji lelebih.LOL


Kucing Atok Suka Main Tangan

1 comments
assalamualaikum semua cucu atok.........lame x update blog nie....sihat tak......kucing sihat....or binatang lain yg ade cucu bela........atok nak cerita pasal kucing atok nie...... kucing atok jumpa dekat madrasah......ade abang die....tapi dah mati....yang peliknye dh mcm2 nama bagi kat die.....satu name pon tak lekat.....x de nme kucing nie.....tapi hyperxtv gile..........dh nak dekat seteng tahun umur die......kalau die makan sambil baring....pastu tertidur dalam balang makanan die.....perut die buncit gile.....tak tau kenape......btw best ade kucing camni....kalau atok tido die main n gigit tangan atok....ish3.....this video n gambar die,.......

                                       nie gamba die tgh tidur............




                                            suke carik gaduh......sumber video