Top Menu

DUIT BELANJA ATOK

Kucing Obesiti Dibuang Tuannya Sebab x Mampu Jaga

atok bukak yahoo news semalam terbaca cerita kucing gemok tahap apa entah atok pun xtau..memang gemok gila la ...bantal peluk atok pun x besar macam dia.haha.tapi sedih bila habis baca cerita sebenar dia..disebabkan terlalu gemuk kucing ni terpaksa "dibuang" oleh tuan dia yang berumur 87 tahun disebabkan si tuan ni x mampu lagi nak bela nak bagi makan dekat si kucing obesiti ni.


yelah dah gemok tahap ni makan pun mesti la banyak kan..dan atok rasa la, tuan dia pun x makan sebanyak kucing ni makan so menyebabkan kos untuk bagi kucing ni makan lebih tinggi dari kos dia sendiri makan.itu yang dibuang nya kucing nih.haha.

tapi sebelum pape, korang jangan marah tuan dia nih..dia x buang merata pun kucing ni tapi dia pergi pusat penjagaan haiwan then suruh pegawai dekat pusat tu tolong jaga dan iklankan kucing tersebut untuk dijadikan kucing angkat [open for adoption].

bagi atok, baguslah ye dak dari dia campak merata si garfield gebu ni entah kemana...menurut sumber tu lagi, pihak pusat jagaan haiwan tu akan dietkan kucing tu dan pastikan dia turun sekurang-kurangnya 10 pound dari berat asal iaitu 40 pound sebelum dibuka untuk adoption oleh orang ramai yang mahukan si budak gebu ni..untuk rekod budak ni bukan la kucing tergemok tapi ada lagi sekor yang lagi berat iaitu seberat 47 pound!


paling best umur si budak gebu ni sebenarnya baru mencapai 2 tahun..amik kau, 2 tahun dah besar gedabak macam ni kalau dah 4-5 tahun silap-silap besar harimau satgi kang...kalau atok la memang dah jadi bantal peluk dah tiap2 hari..nama si gebu ni ialah "meow" dan blood test dah pun dijalankan keatas budak sekor ni bagi memastikan dia bebas dari sebarang penyakit yang disebabkan oleh obesiti seperti sakit jantung dan sebagainya.doakan dia sihat ok cucu-cucu semua.

p/s- ambik la pengajaran dari cerita dia ni..jaga kesihatan tu leklok..makan tu beringat sikit jangan nak main lahap je...nanti dah kena obes macam ni macam-macam penyakit boleh datang tau x.

No comments:

Post a Comment

CUCU DAH JOIN FACEBOOK ATOK?